Assalamualaikum. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih Penulisan2u, terima kasih pembaca sekalian dan terima kasih teman-teman yang menyokong. Selepas lebih setahun SUAMIKU ENCIK HIPSTER berada di pasaran, akhirnya novel kedua Hazel Jay muncul tanggal Februari 2017. Untuk baca bab-bab awal, anda boleh baca di sini.

Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada Penerbitan Penulisan2u kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan lagi karya terbaru di bawah label mereka. Kepada pembaca yang sudi memiliki karya saya sebelum ini, jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Jadi, akhir kata dari saya, terimalah... JANGAN HILANGKAN DIA untuk anda semua...

~ Hazel Jay
02 Februari 2017, 1.31PM
-------------------------------------------------------------------------------
Jutaan terima kasih kepada Penulisan2U kerana sudi menerbitkan karya ini dalam bentuk novel. Kepada yang mengikuti karya ini di Wattpad, terima kasih kerana sudi memilih kisah ini sebagai salah satu bahan bacaan anda. Kepada keluarga, sahabat andai dan yang terlibat, jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Kepada pengemar novel Melayu, semoga karya ini bisa menyerikan lagi hari anda. Mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan sempadan.

~ Hazel Jay
4 Nov 2015, 8.33PM

PROFILE
Nama Pena: HAZEL JAY
Dilahirkan di: JOHOR, MALAYSIA
Lahir pada: APRIL,1986
Pendidikan: SRK (1993-1998), SMK (199-2003), DIPLOMA (2004-2007) & LANJUTAN DIPLOMA (2008-2009)
Karier: SUDAH MEMINATI BIDANG PENULISAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH MENENGAH LAGI DAN MULA BERKARYA SEJAK 2007. MENJADIKAN BIDANG PENULISAN SEBAGAI KARIER DAN MINAT YANG UTAMA.
Muzik: MEMINATI RENTAK BALADA, IRAMA MALAYSIA DAN R&B.
Skill: MINAT DALAM BIDANG SENI GRAFIK DAN SENI REKA. MAHIR DALAM PHOTOSHOP DAN EDIT VIDEO.
Motto: WALAUPUN KEJIAN SENTIASA MENEMANI, ITU TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT DAN MINAT YANG DIGAGAHI.
JANGAN HILANGKAN DIA

Biarlah aku anggap kau masih ada, walaupun hanya dalam mimpi...

Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius.

Suami? Ya, suami. Qaireena sering kali didatangi mimpi yang sama. Bermimpikan seorang lelaki yang tidak berwajah! Aneh tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu. Setiap kali bermimpikan lelaki tanpa wajah itu, hanya seorang yang terlintas dalam fikirannya. Dhafir!

"Saya tak suka awak duk berkepit dengan lelaki lain. Walaupun perkahwinan kita ni berlaku atas dasar nak cukupkan syarat, awak tetap isteri saya yang sah. Dosa awak tetap tergalas di bahu kiri saya ni. Awak duk pegang lelaki lain, dosanya bukan pada awak tau? Pada saya. " ~ Dhafir.

"Awak fikir dosa saya. Tapi dosa awak duk berkepit dan berkasih sayang dengan perempuan lain boleh pula? Ya, saya tahu lelaki boleh kahwin empat. Tapi tak semua perempuan sanggup berkongsi. " ~ Qaireena

Dhafir, ‘si tauke kain’ itu benar-benar buat hidup Qaireena huru-hara. Sejak kemunculan lelaki itu, hidup Qaireena seperti berpusing 360 darjah! Dalam rasa benci dengan sikap menjengkelkan Dhafir, Qaireena tetap menerima syarat gila lagi merepek lelaki itu yang mahu membantunya membuka butik tudungnya sendiri di Malaysia.

Namun bagi Dhafir, semua syarat itu hanyalah sebagai alasan untuk dia kembali bersama cinta hatinya.

Sudah bermacam-macam cara yang Dhafir lakukan untuk memenangi hati isterinya itu. Namun segala usahanya sia-sia apabila Qaireena mendapat tahu bahawa isi perjanjian kontrak perkahwinan mereka hanyalah lirik lagu sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila apa yang telah hilang empat tahun lalu kembali semula menyapa hidup Qaireena.

Mampukah Dhafir terus mempertahankan ikatan perkahwinannya dengan Qaireena selepas semuanya terbongkar? Bolehkah Qaireena menerima Dhadir semula selepas dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu?




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



ENCIK SUAMIKU HIPSTER

Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami.

"Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar trasdisi keluarga dia. Umur aku tahu ni dah 25 tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab tulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu," ~ Hania

Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Semuanya dilakukan demi mengelak dia dibebel setiap hari. Dia sudah bingit!

Hania hanya boleh melihat bakal tunangnya selepas dia sah bertunang dengan lelaki itu. Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunangnya menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan.

"Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato' Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan ek?" ~ Saffarin

Alangkah mengejutkan bila melihat tunangnya adalah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelangaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia angap 'sesuatu' itu adalah tunangnya! Haru biru hidupnya. Sesuatu yang mengejutkan. Selain itu, gaya pakaian tunangnya yang digelar gaya hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebijik macam alien di matanya!

"Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba. Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli duit hasil jual baju-baju dia tu. Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu," ~ Hakem

Bisakah Hania menerima tunang hipsternya sebagai suami???






Anda boleh berhubung dengan saya melalui FACEBOOK FAN PAGE dan juga WATTPAD! Jangan lupa like, komen dan follow ya? InsyaALLAH saya akan cuba balas sentiap mesej dan komen anda andai berkesempatan. Andai saya tidak membalasnya bukan bermakna saya sombong, mungkin saya sibuk dan terlepas pandang. Salam ukhuwah!

HAZEL JAY
HAZEL JAY


PENGUMUMAN

  • E-Novel ENCIK SUAMIKU HIPSTER akan diupload di Wattpad Hazel Jay pada setiap hari Sabtu. Harap maklum.
  • ENCIK SUAMIKU HIPSTER Kini sudah ada versi cetak terbitan Penulisan2U atau P2U terbitan bulan November 2015. Sila layari laman web www.p2u.my untuk belian online. Terima kasih atas sokongan yang anda telah berikan.




JUTAAN TERIMA KASIH

Kepada anda yang sudi melawat blog ini dan membaca karya saya.

Copyright © Hazel Jay | Powered By Blogger
Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 4 November 2015

Novel ENCIK SUAMIKU HIPSTER karya HAZEL JAY kini di pasaran!

Jutaan terima kasih kepada Penulisan2U kerana sudi menerbitkan karya ini dalam bentuk novel. Kepada yang mengikuti karya ini di Wattpad, terima kasih kerana sudi memilih kisah ini sebagai salah satu bahan bacaan anda. Kepada keluarga, sahabat andai dan yang terlibat, jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Kepada pengemar novel Melayu, semoga karya ini bisa menyerikan lagi hari anda. Mana yang baik jadikan teladan dan mana yang buruk jadikan sempadan.

~ Hazel Jay
4 Nov 2015, 8.33PM

Sabtu, 5 September 2015

Hazel Jay ~ Encik Suamiku Hipster - Bab 04


"EEE... cerita ni memang kena banyak kejutan ek? Lama-lama boleh sakit jantung aku dibuatnya," bebel Hania sambil menghenyak punggung di atas salah satu sofa yang ada di ruang tamu itu.
"Apa yang kau bebelkan tu, Hani? Dah macam mak nenek membebelnya," tegur Puan Suzana yang sedang menyapu rumah dengan menggunakan penyapu jerami padi. Rutinnya setiap dua hari sekali.
"Ikut perangai maklah ni."
Hania menyalahkan emaknya.
"Eh, aku pulak dipersalahkan. Aku punyalah gigih menyapu sampah ni ha, tiba-tiba dituduh bukan-bukan."
Encik Harun yang sedang membaca akhbar tidak jauh dari sofa yang diduduki Hania, mengeleng kepala melihat gelagat dua beranak itu. Dia malas mahu mencelah kalau tidak kena tempat. Tidak fasal-fasal dia pula dipersalahkan nanti. Cuti hujung minggu, dia lebih senang duduk bersantai di rumah, rehatkan badan selepas hampir seminggu penat bekerja.
"Mak tulah, suka hati aje buat keputusan tanpa tanya pendapat Hani dulu. Bila dah deal dengan kawan mak tu, baru nak bagi tahu Hani. Tak adillah macam tu, mak," rungut Hania apa yang sedang dia kesalkan ketika ini. Dia merasakan emaknya terlalu kejam. Membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa bertanyakan pendapatnya terlebih dahulu.
Puan Suzana terus berhenti dari menyapu lantai. Dia berpaling memandang anak bungsunya sambil bercekak pinggang.
"Eh, kau jugak yang beria-ia beri kebenaran pada mak untuk uruskan hal jodoh kau, kan? Sekarang mak dah laksanakan rancangan mak, kau nak membebel pulak?"
"Ya, Hani tak kisah mak nak uruskan semua tu. Sekurang-kurangnya, bincanglah dengan Hani dulu fasal tarikh pertunangan tu. Ini, mak belum bincang dengan Hani, mak dah setuju dengan kawan mak tu nak tunangkan Hani dengan anak dia dua minggu lagi. Mak tak terfikir ke, sama ada Hani ni dah bersedia ke, belum?"
Hania meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
"Itu bukan masalah mak. Yang mak tahu, bila kau dah setuju nak mak uruskan fasal jodoh kau, itu bermakna kau turut bersetuju untuk semua ketetapan mak. Ada faham?"
Tetap Puan Suzana tidak mahu mengalah.
"Isy, apa awak ni? Boleh pulak macam tu?" celah Encik Harun yang sudah tidak mampu bersabar melihat isterinya yang dengan sewenang-wenangnya menetapkan segala-galanya.
"Kenapa pulak tak boleh? Saya dah buat, kan? Kira bolehlah tu," laju sahaja Puan Suzana memintas.
"Sekurang-kurang, awak kenalah berbincang dengan tuan punya badan. Yang nak kahwin bukannya awak tau? Nasib baiklah anak kita ni tak ada sakit jantung. Kalau ada macam mana? Sia-sia awak mengandungkan dia."
"Sebab dia tak ada sakit jantunglah saya berani buat keputusan sendiri abang oiii"
Puan Suzana sambung menyapu lantai.
Encik Harun hanya mampu mengeleng kepala. Hendak dinasihatkan, isterinya sudah tua. Bimbang ada yang makan hati pula nanti. Sudahnya dia hanya mampu melihat muncung empat inci anak bungsunya tanpa dapat menolong.
Kecewa Hania dengan jawapan emaknya itu. Nampaknya, memang tiada tanda-tanda majlis pertunangannya bakal dibatalkan dalam masa terdekat.
Perbualan mereka bertiga terputus seketika. Keadaan ruang tamu itu hanya dibisingkan dengan bunyi suara dari televisyen yang mengoceh sejak tadi.
"Mak, elok sangat ke anak kawan mak tu, sampaikan mak nak jodohkan anak dia dengan Hani? Hani kenal dia tak?"
Tanya Hania, lemah.
"Kau ingat taste mak ni teruk sangat ke? Kalau tak elok tak adalah mak nak jodohkan dia dengan kau. Kau atau kakak-kakak kau memang tak pernah jumpa dia sebelum ni. Mak tak pernah jumpa kawan mak tu sejak masing-masing dah kahwin. Selama ni mak dengan dia berhubung pun melalui telefon aje walaupun jarak rumah kita ni dengan rumah dia tak adalah juah mana. Dah mak terlalu sibuk uruskan rumah ni, mana ada masa mak nak bersosial dengan kawan-kawan mak kan?" jawab Puan Suzana panjang lebar. Tangannya terus tangkas menyapu lantai.
"Tapi, hari tu mak jumpa kawan mak tu bincang fasal hal nak jodohkan Hani dengan anak dia, ada masa pulak?" Hania mempertikai.
"Itu terpaksa. Kalau tak terpaksa, tak adalah mak gigih nak jumpa kawan mak tu. Kalau kita orang berjumpa pun, bukannya mak pernah ajak kamu pun kan?" tetap Puan Suzana mahu menang.
"Tapi mak, tak kanlah mak tak ada gambar anak kawan mak tu kut? Kalau tak ada gambar dia pun, mak bagi tahu nama dia. Biar Hani Google, mana tahu bakal menantu pilihan mak tu ada Facebook atau Instagram?" Hania cuba tawar menawar.
"Tak payah!" cepat sahaja Puan Suzana menjawab. Dia berpaling memandang Hania.
"Lepas kau dengan dia sah bertunang esok, barulah mak dengan kawan mak tu pelankah date untuk kau orang berdua. Masa tu, tengoklah secara berdepan puas-puas. Buat masa ni identiti dia mak kena rahsiakan dari kau, dan identiti kau kawan mak tu kena rahsiakan dari anak dia. Barulah surprise. Teruja tak?" beria-ia sekali Puan Suzana menjelaskan tentang rancangannya.
"Banyaklah awak punya serprise ala-ala teruja. Buatnya bila dia orang dah berjumpa nanti, masing-masing tak ada selera siap muntah hijau macam mana? Awak ni, cubalah jangan zalim sangat? Anak kita ni berhak tengok bakal tunangan dia sebelum ditunangan secara sah tau?" celah Encik Harun, membela anak bungsunya.
"Betul!" laju sahaja Hania menyokong kata-kata ayahnya. Sempat dia mencalit ibu jari dengan ayahnya.
"Itu kira nasib kaulah Hani oiii. Dah kau nak mak uruskan fasal jodoh kau, kan? Nak tak nak kau kenalah terima. Ingat Hani, kau jangan nak malukan mak. Kau yang nak mak uruskan fasal jodoh kau kan? Jadi, kau kenalah terima lelaki pilihan mak tu seadanya."
"Tapi mak... Hani berhak..."
"Hak, tak hak. Bila kau dah bersetuju untuk membenarkan mak uruskan fasal jodoh kau, secara mutlaknya, kau tak boleh menolak dan membantah, ada faham? Mak tak nak dengar alasan lagi. Titik!" pintas Puan Suzana, serius sekali lalu menyambung kerjanya yang tergendala.
Encik Harun hilang bicara. Nampaknya pembelaannya untuk anak bungsunya tidak mengugah keputusan isterinya.
Manakala Hania pula hanya mampu mengeluh hampa bila haknya tidak diendah. Hendak tidak hendak terpaksalah dia terima semua ini walaupun pahit untuk ditelan. Tidak!!! Jeritnya di dalam hati.
***********
AWAL petang itu, Saffarin dan Ery telah merancang untuk ke Jakel Trading Kuala Lumpur bagi mencari kain bahan untuk koleksi terbaru Hairy Saffarin Couture yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Selepas memerah idea, akhirnya hampir tiga puluh jenis rekaan pakaian lelaki dan wanita bertemakan hipster telah telah berjaya mereka hasilkan. Proses seterusnya adalah menghasilkan setiap rekaan menjadi busana dan suit yang bisa dipakai oleh sesiapa. Projek usaha sama dengan dua syarikat besar ini memerlukan kesungguhan dan fokus yang tinggi untuk dijayakan. Mereka berdua berharap, rekaan mereka bisa menarik minat pembeli dan peminat fesyen masa kini.
Mujur cuti hujung minggu begini tidak banyak kenderaan menggunakan jalan raya. Jika tidak, berlamalah mereka di dalam kereta meredah kesesakan lalu lintas. Mereka berdua masih di dalam kereta menuju ke arah Jalan Ampang dari Jalan Sultan Ismail. Walaupun tidak sesak, terdapatnya banyak lampu isyarat yang ada turut melembabkan perjalan mereka menuju ke destinasi yang dituju.
"Kadang-kadang aku menyesal sebab setuju dengan rancangan mama aku tu," luah Saffarin selepas perbualannya dengan Ery yang duduk di sebelahnya tergendala untuk seketika.
Ery hanya tergelak kecil mendengar luahan rasa Saffarin itu. Dia sudah sedia maklum tentang rancangan mama kawan baiknya itu. Saffarin sendiri yang bercerita padanya beberapa hari lepas.
"Tulah kau, tak fikir masak-masak dulu sebelum setuju dengan rancangan mama kau tu. Kau tak terfikir ke, kalau perempuan pilihan mak kau tu, lagi teruk dari perempuan-perempuan yang pernah jadi girlfriend kau sebelum ni?" ujar Ery sambil menghabiskan sisa tawanya.
Saffarin tidak terus membalas kata-kata Ery itu. Dia memusingkan stereng keretanya ke kiri seraya kenderaannya mula memasuki Jalan Ampang.
"Tulah masalahnya. Tapi, aku yakin yang mama aku tak kan pilih perempuan tak elok untuk aku." Yakin sungguh Saffarin dengan kata-katanya itu. Dia percayakan mamanya.
Ery tergelak lagi. Kata-kata kawan baiknya itu telah mengeletek hatinya.
"Macamlah taste kau dengan taste mama kau, sama, kan? Buatnya taste mama kau nak menantu yang chubby dan comel, tak niaya hidup kau nanti?" sengaja Ery cuba menakut-nakutkan Saffarin. Lagipun kemungkinan itu tadak mustahil bisa berlaku.
"Isy kau ni Ery, buat aku takut ajelah." Risau terus Saffarin dibuatnya selepas mendengar kata-kata kawan baiknya itu.
"Tak kan kau tak tengok lagi gambar calon isteri pilihan mama kau tu kut? Tak kan dia tak ada gambar? Facebook ke? Kalau dia ada Facebook atau Instagram, senanglah kita nak stalker dia," tanya Ery, cuba membantu.
"Tak ada."
Saffarin geleng kepala. Matanya terus fokus pada jalan, cermin sisi dan cermin pandang belakang. Memandu di Kuala Lumpur ini pandangan perlu fokus pada cermin kenderaan yang ada. Jika lepa, boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini.
"Isy, tak kanlah bakal isteri pilihan mama kau tu tak ada Instagram? Dari kampung mana mama kau sauk perempuan tu?"
Hairan Ery dengan jawapan Saffarin itu.
"Mama aku kata, anak kawan dia. Tak adalah kampung sangat kan, kalau rumah dia dekat Kampung Pandan tu?"
"Perempuan tu kerja apa? Model? Pengurus bank?" tanya Ery lagi sekadar ingin tahu.
"Itu pun mama aku tak bagi tahu. Kata dia, kalau aku nak tahu tu semua aku kena tanya dia sendiri bila kita orang dah bertunang nanti. Mama aku pelan, nak tunangkan aku dengan perempuan tu selama tiga bulan sebelum menikah. Dalam masa tiga bulan tulah mama aku nak aku kenal-kenal dengan perempuan pilihan mama aku tu."
"Dah tu, kalau kau tak berkenan, kau boleh mintak putus tunanglah ya?"
Saffarin mengeleng.
"Dah tu?" terkejut Ery dengan jawapan bukan lisan dari Saffarin itu.
"Nak tak nak aku kena kahwin dengan perempuan tu jugak walaupun aku tak suka."
"Macam tu pulak? Kalau kau kahwin dengan perempuan tu tapi tak bahagia buat apa, kan? Kau ada hak menolak pilihan mama kau tau, kalau kau tak berkenan. Ini melibatkan masa depan kau. Nikah kahwin ni bukan macam main pondok-pondok."
Bertambah rasa terkejut Ery dengan jawapan Saffarin tadi.
Keluhan halus, Saffarin helakan.
"Bukannya aku tak nak menolak atau tuntut hak aku, Ery. Setiap kali aku bercakap dengan mama aku, aku macam lemah. Sebab setiap kata-kata mama aku, mesti ada nasihat dari dia yang buat aku terima apa jua cadangan dia tanpa banyak soal. Mungkin pilihan dia tidak sempurna seperti yang aku harapkan. Tapi, tak mustahil juga perempuan tu juga boleh jadi sumber bahagia aku, kan? Serba salah aku dibuatnya. Buatnya perempuan tu memang sumber bahagia aku di kemudian hari, tak ke aku yang akan menyesal nanti?"
"Kalau kau dah cakap macam tu, tak dapatlah aku nak tolong kau. Tapi, kalau perkahwinan kau dengan perempuan pilihan mama kau tu, berakhir dengan kehancuran? Tiada kebahagian. Yang ada hanya kebencian dan pertengkaran. Kan ke tak best macam tu?"
Kali ini Saffarin mengeluh berat. Semakin difikirkan semakin pening kepalanya. Apakah perlu dia membatalkan niatnya sebelum ini? Perlukah dia terus bersetuju dengan setiap rancangan dan keputusan mamanya berkaitan dengan jodohnya? Pesoalan-persoalan itu mula menyentak-nyentak kepalanya.
Tiada kata-kata yang bisa diluahkan demi menjawab pertanyaan Ery itu. Kenderaan terus dipandu menuju ke arah yang dituju tanpa bicara.
***********
"KAU ni kenapa, Hani? Monyok aje muka kau sejak aku jemput kau dekat rumah kau tadi? Kau ada masalah ke? Ni mesti masalah fasal rancangan mak kau nak carikan bakal suami untuk kau, kan?" tanya Marsha, tetapi dia juga yang menjawab pertanyaannya sendiri sambil mengawal stereng kereta Myvi kuningnya menuju ke Jalan Ampang.
Mereka berdua mahu mencari kain bahan untuk baju rekaan Marsha yang bakal dipersembahkan pada malam gala bersempena Kuala Lumpur Fashion Week, hujung minggu depan. Sengaja dia mengajak Hania menemaninya. Boleh juga dia bertanyakan pendapat Hania di kedai kain nanti berkaitan warna kain yang sesuai.
Hania merengus bengang sambil menjeling menyampah lagi sakit hati ke arah Marsha di sebelahnya. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Seligi kang, baru tau! Getusnya di dalam hati.
"Kau ni kan, soalan yang kau dah tahu jawapannya lagi kau nak tanya, kan?" sindir Hania, sinis lagi geram.
Pandangannya terus dicampak keluar kenderaan. Melihat pemandangan manusia yang lalu lalang di pinggir jalan. Maklumlah, cuti hujung minggu, ramailah manusia berpusu-pusu membeli belah atau keluar bertemu kekasih hati. Sedangkan dia? Berdating dengan Marsha.
"Jadi, betullah sangkaan aku tu?" tanya Marsha lagi ingin kepastian sambil membelokan kenderaan yang dipandunya ke lorong kiri bila kenderaan di lorong kanan bergerak perlahan.
"Ya..." hendak tidak hendak sahaja Hania menjawab. Semakin meluat pula dia dengan kawan baiknya itu yang seolah berpura-pura tidak tahu.
Marsha tergelak.
"Apalah kau ni. Kau sendiri yang nak mak kau carikan jodoh untuk kau, sekarang, kau pulak yang banyak komplen."
Hania pantas berpaling memandang Marsha yang masih mengawal stereng kereta dengan pandangan tidak puas hati.
"Macam mana aku tak komplen? Mak aku dah pelan nak tunangan aku dengan lelaki pilihan dia dua minggu dari sekarang tau? Mati tak mati tu?"
"Apa? Mak kau nak tunangkan kau dengan lelaki pilihan dia dua minggu dari sekarang?" Marsha terkejut beruang.
Begitulah rasa terkejut Hania semasa emaknya memaklumkan akan hal tu.
"Sebenarnya bukan dari sekarang. Dari beberapa hari lepas. Apa yang pasti, seminggu selepas pertandingan fesyen kau tu, aku kena bertunang dengan lelaki yang aku tak kenal." Hania membetulkan disusuli keluhan hampa lagi kecewa di hujung kata-katanya.
"Cepat sangat tu, Hani. Dah macam desprate sangat mak kau nak bermenantu. Kau dah tengok gambar bakal tunang kau tu? Handsome tak?"
Risik Marsha. Teringin juga dia mahu melihat rupa sebenar bakal tunang dan suami kawan baiknya itu. Manalah tahu kacak bergaya mengalahkan artis Korea. Dia juga yang makan hati nanti.
"Itu lagi satu hal. Penat dah aku pujuk mak aku supaya dia tunjuk gambar bakal menantu dia dekat aku. Gigih mak aku tu nak berahsia tau? Dia kata, aku hanya boleh tengok muka lelaki tu secara berdepan, selepas kita orang ditunangkan. Mak aku dengan mak lelaki tu akan pelankan satu temu janji ala-ala blind date gitu untuk kita orang. Hebat tak hebat, mak aku tu? Class kan?"
Terlopong Marsha mendengar penjelasan Hania yang panjang berjela itu. Mujur terlopong dek rasa terkejutnya hanya seketika lalu dia kembali fokus pada pemanduannya. Jika tidak, pasti muncung keretanya sudah bercumbuan penuh mesra dan kasih dengan kereta di hadapan.
"Gila hebat rancangan mak kau. Sampaikan rupa bakal tunang kau pun dia tak kasi tengok? Buatnya lepas kau orang berdua bertunang, kau pulak tak berkenan dengan lelaki tu macam mana? Manalah tahu lelaki tu hodoh, lagi tua? Gigi rongak ke? Masa tu kau boleh mintak putus tunang tak?" tanya Marsha kemungkinan yang mungkin boleh berlaku.
"Tak boleh," lemah Hania menjawab sambil menyimpul tangan di dada. "Mak aku cakap, nak atau tak nak, aku kena terima. Dia siap pesan jangan nak malukan dia. Bila aku dah setuju nak dia carikan suami untuk aku, itu bermakna aku dah setuju dengan segala rancangan dan ketetapan dia. Kejam tak?" sambunganya dengan nada tidak puas hati.
"Sangat kejam you all! Nasib kaulah Hani!" balas Marsha sambil tergelak-gelak lalu memusingkan stereng ke kiri menuju ke arah Jalan Ampang.
"Apalah malangnya nasib aku. Terlajak kereta boleh reverst. Terlajak buat keputusan, menangis air mata darahlah aku nanti," keluh Hania penuh kehampaan.
Marsha turut tumpang simpati. Lima minit kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dituju.
"Kau beria suruh aku bersiap cepat-cepat tadi rupanya kau nak ajak aku beli kain?" tanya Hania bila papan tanda Jakel Trading terpampang di hadapannya ketika ini.
Marsha tergelak kecil sambil matanya meliar mencari petak kosong untuk dia memakir keretanya. Sengaja dia tidak memaklumkan pada kawan baiknya itu destinasi yang ingin dia tuju tadi. Hendak buat kejutan konsepnya. Nasib baik, menjadi.
"Dah tu, kau fikir aku nak bawak kau ke mana? Paris?"
"Tak adalah. Aku ingatkan kau nak ajak aku tengok wayang dekat Mid Vally ke, karaoke dekat Red Box Pavilion ke, ada jugak faedah. Hilang jugak stres aku pada mak aku. Ni? Kau angkut aku ke kedai kain? Kau ingat aku mahir fasal kian-kain ni semua?" balas Hania, tidak puas hati.
Marsha tidak terus menjawab. Matanya terus meliar mencari petak kosong berdekatan dengan gedung kain terkenal itu. Hidup di Kuala Lumpur ini semuanya kena cepat. Siapa lambat, dia tak dapat.
"Alhamdulillah, ada kereta nak keluar," keluh Marsha kelegaan lalu menghidupkan lampu isyarat keretanya yang sebelah kiri menandakan dia mahukan petak parkir kereta itu. Tiga minit kemudian, dia selamat memakir keretanya betul-betul bersebelahan dengan gedung kain itu.
"Aku sengaja bawak kau sebab, aku perlukan pandangan kau. Walaupun kau tak tahu bab jenis-jenis kain ni. Tapi kau hebat dalam memilih dan mempadankan warna kain. Sebab tu aku sayang kau. Dah! Jangan nak membebel lagi, cepat keluar!" soalan Hania baru dijawab Marsha dan diakhiri dengan arahan keras. Pin tali pinggang keledar mula dibuka.
Hania merengus bengang lalu membuka pin tali pinggang keledarnya kemudian terus melangkah keluar dari kereta buatan Malaysia itu dengan wajah bengang.
"Nak pendapat aku konon. Cakap ajelah tak best kalau kau tak ajak aku, kan?"
Marsha yang sudah menutup pintu keretanya tersengih kerang.
"Kau masuklah dulu, aku nak jalan-jalan dekat Jalan Masjid India depan tu. Mana tahu ada barang baik aku nak beli?"
"Eh Hani, kau jangan cari fasal. Aku ajak kau ke sini bukan nak suruh kau shopping dekat Jalan Masjid India tu. Aku nak kau temankan aku pilih kain. Lepas beli kain nanti, kita pergilah sana."
"Eee.. kau ni mengada, kan? Kau masuklah dulu, aku nak beli air, dahaga. Sekejap lagi aku masuk."
"Kau jangan tak masuk pulak? Kalau kau tak masuk, aku tinggal kau dekat sini."
"Yalah..." akur Marsha, bosan lalu melangkah menuju ke arah kedai runcit yang ada tidak jauh dari kawasan itu.
Marsha merengus geram sambil memandang sinis ke arah Hania yang sudah melangkah menuju ke arah Jalan Masjid India yang hanya beberapa puluh meter sahaja di hadapannya. Seketika kemudian, dia mula mengatur langkah menuju ke arah pintu utama Jakel Trading Kuala Lumpur.
Hania terus menapak menuju ke arah Jalan Masjid India. Niatnya mahu melihat barangan yang ada dijual di kawasan itu terpaksa dimatikan dek kerana Marsha. Langkah dipesong menuju ke arah kedai menjual air yang ada di pinggir jalan. Dia sekadar membeli sebotol air mineral yang sudah direndam lama di dalam ketulan kiub ais.
Selesai membayar, dia menyusun langkah menuju ke arah Jakel Trading dengan terpaksa. Mujur Marsha itu kawan baiknya. Andai orang lain, sudah lama dia menuju ke destinasi yang dia ingini dengan menaiki pengakutan awam. Sepatutnya, dikala cuti hujung minggu begini, dia berhak menghabiskan masa dengan menonton wayang atau melepak. Tapi disebabkan Marsha, dia terpaksa abaikan rancangan itu.
Dalam langkah, tiba-tiba muncul seorang lelaki berlari laju dari arah bertentangan. Pantas Hania mengelak. Mujur dia sempat mengelak, jika tidak, pasti sudah ada yang terlentang atas tanah.
"Apa hal main lari-lari dekat sini?" tanya Hania sendirian sambil memandang ke arah lelaki yang berlari laju tadi. Tiada kelihatan sesiapa mengejar lelaki itu.
"Sewel ke apa?" gumamnya sambil membuka penutup botol air mineral di tangannya lalu ditunggak botol itu ke mulut sambil menoleh ke depan.
Bush!
Tersembur isi mulutnya manakala sisa air di dalam botol air mineral di tangannya tersimbah keluar bila dengan tiba-tiba dia terlanggar seseorang sejurus dia menoleh ke depan.
Merecik-reciklah isi botol air meniralnya ke arah kemeja insan yang telah dilanggar tanpa sengaja itu. Yang hebatnya, bajunya tidak kena langsung air dari botol di tangannya.
Terlopong insan itu bila dengan tiba-tiba dia dirempuh lalu disimbah dengan air.
Hania tergaman. Terlepas botol mineral yang sudah kosong di tangannya lalu jatuh ke tanah. Terkejut dia melihat lelaki di hadapannya ketika ini yang sudah basah hampir separuh dari pakaian dan seluarnya.
"Maaf encik, saya tak sengaja," pohon Hania, mengelabah. Tangannya cuba menyentuh kemeja lelaki di hadapanya itu yang sudah basah lencun. Tapi dia teragak-agak untuk menyentuh. Bukan muhrim! Lebih-lebih lagi bila kelihatan baju lelaki itu sudah melekat pada dada dan perutnya. Terserlah bentuk dadanya yang bidang dan perutnya ada six packs! Bulu-bulu tipis yang menyaluti bahagian itu juga jelas kelihatan! Semakin serba salah Hania dibuatnya.
Lelaki berjambang spara tebal itu membuka kaca mata hitam yang tersangkut pada batang hidungnya sejak tadi lalu dia memandang tajam ke arah Hania.
"Kau jalan guna kaki ke, hidung ha?" jerkah lelaki itu, bengis.
Hania tersentak sehingga tubuhnya terenjet dengan jerkahan lelaki itu. Terkejut dia bila dibentak sedemikian. Sekilas sudah seperti Wolverine yang naik hantu lagak lelaki itu.
"Relakslah bro, kan aku dah minta maaf. Aku dah cakap aku tak sengaja, kan?"
Hania cuba mengambil enteng apa yang telah berlaku.
"Kau ingat dengan maaf kau ni, boleh keringkan baju aku?" soal lelaki itu yang sudah mula merah padam mukanya.
"Ala, air mineral aje pun. Bukannya air coklat atau air longkang pun? Kau berlari keliling Jakel ni sepuluh kali, keringlah nanti baju kau tu."
Sudahlah dia yang salah, boleh pula dia mahu loyar buruk. Sungguh tiada sivik betul si Hania ini.
Lelaki itu mengetap bibir menaham geram.
"Kau ni kan, dasar...."
"Dasar apa? Apa?"
Bukan main berani Hania menanya. Siap mendada ke arah lelaki itu seolah ingin melawan.
"Eh, kenapa ni Farin?" muncul seorang lelaki dari arah belakang lelaki itu dalam keadaan cemas.
"Perempuan gila ni ha, dah basahkah baju aku. Dasar perempuan mereng," jawab lelaki berjambang ala-ala Wolverine itu lalu memakai cermin mata hitamnya semula dan melangkah laju menuju ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
"Kurang asam, dia kata aku mereng?" getus Hania kegeraman sekadar di rengkungan.
Lelaki yang baru muncul tadi terpinga-pinga untuk seketika. Beberapa saat kemudian lelaki itu mengejar langkah lelaki tadi.
Hania terus memandang tidak puas hati ke arah dua lelaki itu.
"Bukan main mesra lagi dua orang tu. Sah-sah... 'cik gayah'. Tak kuasa mak nak layan you all!" bebel Hania sendirian lalu menyambung langkahnya yang tergendala tadi.
"Eh, kau ke mana?" tanya Marsha di muka pintu masuk Jakel Trading, risau sekali.
"Tak ke mana pun," jawab Hania hendak tidak hendak sahaja. Lebih kepada nada bosan.
"Yang lengan baju kau ni basah kenapa?" tanya Marsha lagi bila terperasan lengan jacket denim yang dipakai Hania, ada kesan basah. Hendak kata hujan, matahari tercanguk atas kepala.
"Tadi ada apalah, ada 'lelaki sesuatu' mana entah tumpahkah air kat baju aku. Nasib aku sempat elak. Dahlah, jom masuk. Lambat pulak kau nak pilih kain. Kau tu bukan betul sangat. Nak pilih kain dah macam cari kutu di sebalik bulu kambing," jawab Hania lalu melangkah masuk ke dalam gedung kain itu. Dia menipu.
Marsha masih terpinga-pinga di muka pintu sambil memandang ke arah kiri dan kanan mencari 'lelaki sesuatu' yang dimaksudkan Hania tadi.
"Lelaki sesuatu?" tertanya dia sendirian lalu kembali melangkah ke dalam.
**********
ERY mengelang kepala melihat kawan baiknya yang sejak tadi membebel tidak henti-henti sambil memandu. Dia masih keliru dengan apa yang terjadi di perkarangan Jakel Trading sebentar tadi. Yang dia nampak, kemeja Saffarin sudah basah walaupun hari cerah dan angin kawan baiknya itu tidak menentu. Dia hendak bertanya, tapi tidak berkesempatan kerana Saffarin masih tidak henti-henti membebel sejak tadi.
"Geram betul aku dengan perempuan mereng tu. Dah sah-sah dia yang salah, lepas tu boleh pulak nak loyar buruk dengan aku. Kalau dia lelaki, memang aku dah hadiahkan buku lima aku dekat muka dia tadi."
Saffarin sambung membebel sambil mengelap kemejanya yang basah di bahagian depan kanan dengan sapu tangannya. Kesan basah itu sudah tidak melakat pada tubuhnya seperti tadi. Hanya tinggal kesan lembap sahaja selepas dia mengelap berulang kali dengan menggunakan sapu tangan. Angin dari pendingin hawa kereta yang berhembus kuat juga membantu proses pengeringan kemejanya yang basah itu.
"Kau kenal ke, perempuan tu?" tanya Ery. Baru sekarang dia berpeluang bertanya bila Saffarin tiba-tiba berdiam agak lama.
"Kalau aku kenal, tak adalah aku bengang macam ni," jawab Saffarin masih menahan bengang.
"Ala, dia tumpahkan air mineral aje kut? Bukannya dia tumpahkan kopi atau milo pun. Bila dah kering nanti okeylah tu. Tak ada tinggalkan kesan atau bau pun."
Ery cuba menenangkan emosi Saffarin. Kawan baiknya itu kira bertuah kerana air yang tertumpah pada kemejanya bukan air manis atau berperisa.
"Tak kiralah air apa pun yang tumpah dekat kemaja aku ni. Tetap buat aku tak selesa tau? Hilangkan mood aku aje." Saffarin masih tidak puas hati.
"Kalau susah sangat, sampai butik nanti, kau tukar baju lain." Cadang Ery.
"Itulah yang akan aku buat," balas Saffarin sambil menjeling menyampah ke arah Ery di sebelahnya. Geram pula dia bila melihat Ery seolah menyebelahi perempuan yang dianggap gila itu. Mentang-mentang dia yang basah dan bukannya kawan baiknya itu. Bolehlah Ery berkata sedemikian. Dia rasa kalau Ery yang kena tadi pasti emosinya sama seperti emosinya ketika ini.
Mereka berdua hilang bicara. Saffarin membelokan kenderaannya memasuki Jalan Raja Chulan dari Jalan Gereja. Perjalanan mereka yang terpeksa meredah beberapa lampu isyarat hanya ditemani lagu retro bertajuk Come And Get Your Love nyanyian Redbone dari corong speker.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian, kenderaan yang dipandu Saffarin mula memasuki kawasan parkir kereta bawah tanah pusat membeli belah Pavilion. Mujurlah dia sudah punya petak parkir khas. Tidak perlulah dia berebut-rebut dengan pengujung yang lain.
Sepuluh minit kemudian, Saffarin dan Ery sudah sampai ke butik Hairy Saffarin Couture di aras tiga pusat membeli belah itu. Namun langkah mereka menjadi perlahan bila pandangan masing-masing tertancap ke arah seorang wanita bergaya lagi seksi yang sedang duduk di ruang santai yang ada bersebelahan dengan pintu masuk.
Langkah mereka berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk bahagian dalam butik Hairy Saffarin Couture. Ery memandang Saffarin di sebelahnya dengan rasa cemas. Kemunculan Fazira di butik itu benar-benar mengejutkan mereka berdua. Dia berharap tiada kekecohan bakal berlaku.

Mantap

HAZEL JAY

Novelis

Minat menulis dan berkarya demi berkongsi setiap rasa, imaginasi dan pengelaman yang ada. Moga di setiap ceritera yang direka punya yang indah untuk dimiliki dan dihayati. Salam wasilah...

  • NamaHazel Jay
  • LahirJohor, April 1986
  • FacebookHazel Jay
  • WattpadHazel Jay
Johor, Malaysia
Latar

Profile Saya

  • NamaHazel Jay
  • LahirJohor, April 1986
  • AlamatJohor, Malaysia
  • FacebookHazel jay
  • WattpadHazel Jay

Bakat

Web Design | Grafik

  • HTML
  • Photoshop
  • Video

Latar Belakang

Nama pena Hazel Jay...

Menjadikan penulisan novel sebagai karier dan bidang yang diminati demi berkongsi rasa dan imaginasi yang ada...

Latar Belakang

2007 - Sekarang

Novelis

Sudah mula berkarya sejak tahun 2007 sehinggalah sekarang.

2008 - Sekarang

Pereka Grafik separuh masa

Gemar dalam bidang rekaan grafik dan seni kereatif. Masih berlajar dari masa ke semasa. Juga minat dalam bidang IT serba sedikit.

1993 - 2007

Sekolah

SR 1993 - 1998, SMK 1999-2007, Diploma 2004-2007, Lanjutan Diploma 2008 - 2009

Karya
Contact

Contact

Anda boleh berhubung terus dengan saya melalui Facebook Page dan Wattpad. Jangan lupa like dan follow ya?

Facebook Page: Hazel Jay
Wattpad: Hazel Jay


Sekarang Berada Di